Monday, October 26, 2009

Gelora Jiwa

Jiwa ku tersangkut di ranting dikala ku dibawa arus...
Arus pergolakkan dunia yang tak ku fahami...
Pelbagai dugaan halangan harus ku renangi...
Namun ku hanyut jua dibawa arus ini...

Demi wang dan nama...
Sanggup digadainya badan dan nyawa...
Apakah nilai badan jika ditukar wang emas permata?
Apakah nilai nyawa jika ditukar sohornya nama?

Aku tidak kisah pada pergolakkan dunia....
Cuma ku ingin perasaan insan dan manusia...
Yang melakukannya dengan gembira...
Gembira akan kesenangan hidup yang mereka peroleh dengan tutup mata...

Bayangkan seorang hawa bergambar dan menjalani hubungan terbuka...
Atas nama seni.... atas nama artistik...
Apakah perasaan ayahnya...ibunya...suaminya...atau pun anaknya....
Itu yang ku fikirkan sewaktu ku mengambil gambarnya...
Mungkinkah dia berbangga kerana disukai ramai...
Mungkinkah dia senang dengan wang ringgit yang diperolehinya...
Mungkinkah dia tertekan kerana itulah periuk nasinya...
Mungkinkah dia sedih kerana orang tak memahaminya....

fikiran ini telah menjelma dalam lubuk sanubari ku...
hasilnya... ku telah mencerminkan dia...
sebagai seorang insan yang tabah... menawan... cantik dan daif....
namun begitu... ku tetap rasa berat di hati...

Indah mata memandang...
sengsara dan pilu fikiran ku...

Ku berharap agar mereka gembira dengan pilihan mereka...
Ku juga berharap begitu untuk diri ku....

"Ku risau akan ketahanan ku terhadap godaan maksiat di dunia,
Ku risau syaitan diri ku terbebas dan ku hilang sifat manusia ku......"

Gelora Jiwa....... Kai...

"Prostitution is the first job existed in this planet earth - Written in most religious manuscript"

No comments: